Wednesday 8 June 2011

KATA2 PUNJANGGA

Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat



 SESUCI MARYAM

Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia
Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya
Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya….
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda
Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah
Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi
Kau solehah…

Tuesday 7 June 2011

Assalamualaikum..

wanita diibaratkan bagai sekuntum bunga.Cantik indahnya pada pandangan mata hanyalah bersifat sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia ialah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri.tiada guna berwajah cantik tetapi berakhlak dan berhati kosong tanpa ilmuIbarat bunga,ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya.Ada pula yang kurang menarik dan baunya kurang menyenangkanAda juga bunga yang tdak menarik pada pandangan mata kasar tetapi apabila dihalusi dengan mata hati ternyata amat tinggi nilainya. 

Monday 6 June 2011

RATU SYAHADAH

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…
Wanita yang matang biasanya bijak menguruskan perasaan. Keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi. Wanita matang tidak akan membiarkan dirinya larut dalam tekanan perasaan hingga mengorbankan kreadibiliti peribadinya. Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau. Sesungguhnya, kebahagiaan itu hadir setelah kesusahan.